29 Jun 2011

Rumah berkaitan perhimpunan haram diserbu

27 Rejab 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA - Polis Selangor hari ini menyerbu sebuah rumah berhampiran Hospital Assunta di sini, yang dipercayai dijadikan tempat kegiatan yang ada kaitan dengan perhimpunan haram pada 9 Julai.

Serbuan yang dilakukan kira-kira 11 pagi ini diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd. Adnan Abdullah dan disertai lebih 10 anggota polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata, dalam serbuan itu, polis merampas beratus-ratus helai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.

Katanya, polis akan menyiasat kes itu lebih lanjut mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan. - Bernama

Tiada ulasan: