15 Julai 2011

Er Teck Hwa ditahan sekali lagi

13 Syaaban 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Ekoran memakai baju Bersih, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa sekali lagi ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Beliau ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke program memperingati mendiang Teoh Beng Hock di Muar, Johor dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Ketika kejadian, difahamkan Er dan kumpulanya baru sahaja keluar dari Pusat Khidmat DAP Muar menuju ke program itu di mana tiga buah trak FRU sudah pun menunggu di kawasan itu.

Ketika itu, polis membenarkan mereka berjalan ke program itu secara berbaris seorang demi seorang.

Beliau yang memakai t-shirt Bersih bagaimanapun diarah menanggalkannya oleh seorang pegawai polis.

Er bagaimanapun enggan berbuat demikian dan mengenakan t-shirt merah bertulis "Ubah" yang diberi oleh seorang ahli DAP, sekaligus menutupi t-shirt Bersih di dalamnya.

Seorang anggota polis lain bagaimanapun tetap tidak membenarkan Er berbuat demikian.

Dia meminta Er agar menanggalkan baju Bersih tersebut, bagaimanapun ahli parlimen itu enggan dan berlaku sedikit kekecohan.

Akibat dari itu, Er kemudiannya ditahan.

Menurut peguamnya, Er bagaimanapun dibebaskan lewat malam tadi selepas pihak polis mengambil keterangan darinya.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: