15 Julai 2011

BERSIH 2.0: Saman pertama ke atas polis

13 Syaaban 1432H. [MOD] -

Seorang individu mengemukakan saman hari ini ke atas polis dan menteri dalam negeri atas dakwaan penahanan salah ke atasnya, dua minggu sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan.

Individu berkenaan, Musafri Abdullah Azmi, 27, adalah individu pertama yang ditahan polis sebelum perhimpunan itu berlangsung pada 9 Julai lalu.

Musafri menuntut supaya mahkamah mengeluarkan deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan itu dibuat secara tidak sah.

Mahkamah juga dituntut supaya mengeluarkan deklarasi bahawa polis serta responden berkenaan menyalahgunakan kuasa mereka.

Penahanan itu didakwa tidak dibuat mengikut undang-undang kerana sebab penahanan itu tidak diberitahu kepadanya.

Selain itu, beliau turut meminta mahkamah supaya mengarahkan rampasan lapan helai baju-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH 2.0' itu diisytiharkan tidak sah.

Dua daripada responden yang dinamakan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga ketua polis daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob.

Dua lagi responden yang dinamakan ialah dua orang anggota polis yang dinamakan sebagai John Doe dan Insp Misbahun Hamdan.

John Doe merupakan antara empat orang anggota polis yang menahan beliau pada malam 26 Jun lalu.

Turut dituntut ialah gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk.

Menurut afidavit yang dikemukakan, Musafri ditahan pada kira-kira jam 11.20 malam berkenaan ketika dalam perjalanan pulang daripada satu mesyuarat di Padang Jawa, Klang.

"Penahanan pemohon telah menjatuhkan imej baik beliau di kaca mata masyarakat setempat memandangkan cara penahanan pemohon seperti seorang penjenayah.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: