15 Julai 2011

Lim: MP Sungai Siput Dr D Jeyakumar okay

13 Syaaban 1432H. [MOD] -

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dalam keadaan baik meskipun telah ditahan lebih tiga minggu sekarang, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang setelah melawat aktivis Parti Sosialis Malaysia itu hari ini.

Lim, bersama naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Subang Jaya dari PKR, R Sivarasa berjumpa dengan Jeyakumar selama 20 minit di Bukit Aman pagi ini.

"Beliau okay, di sebalik tahanan itu. Tetapi yang penting adalah hilangnya kebebasan dan tahanan yang tidak adil ini dan saya bercakap sebagai bekas tahanan ISA,” kata Lim pada sidang media selepas lawatan itu.

Jeyakumar adalah antara enam ahli PSM yang ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa sebagai ancaman kepada ketenteraman awam.

Selain dirinya, turut ditahan adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha cawangan Sungai Siput A Letchumanan, dan ketua pemuda Sarat Babu.

Lim berkata tahanan ke atas keenam-enam mereka itu sebagai ketidakadilan yang dahsyat kerana tiada justifikasi dalam penangkapan tersebut.

Beliau mengganggap penahanan itu sebagai cubaan untuk mecemarkan gerakan himpunan BERSIH 2.0.

"Tuduhan sebagai penggerak BERSIH ialah satu ketidakadilan. 709 telah tunjukkan betapa bukan puluhan ribu penyokong BERSIH yang lakukan keganasan dan huru-hara tetapi pihak berkuasa polis," katanya.

Mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Ordinan Darurat selepas tuduhan awal keenam-enam mereka bersama 24 lagi aktivis PSM disiasat kerana menghasut orang ramai bagi melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong digugurkan.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: