23 Syaaban 1432H. [MOD] -
KULIM - Mayat seorang lelaki berusia 27 tahun yang tinggal di Taman Tiong di temui dalam keadaan tersangkut di sebatang kabel elektrik di Jalan Pondok Labu menghala ke pekan Kulim, kira-kira jam 7 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas dan merempuh kabel itu.
Dari pemeriksaan dibuat terhadap mangsa mendapati dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.
“Tiada sebarang perlakuan jenayah atau melibatkan kenderaan lain dalam kemalangan ini. Mangsa terbabas sendiri dan maut di tempat kejadian.
Ghuzlan menasihatkan pengguna jalan raya di sekitar kawasan Kulim supaya tidak menunggang atau memandu kenderaan mereka secara melulu kerana ada sebahagian jalan di kawasan itu beralun dan berombak.
“Ini membuatkan kenderaan sukar dikawal apabila dipandu laju. Selain itu, ikut arahan sepertimana yang terdapat pada papan tanda dan memandu secara berkhemah, “ katanya.
Ghuzlan berkata, kemalangan berlaku kerana kecuaian pengguna selain bersikap tidak sabar.
“Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Ramadan. Saya meminta kerjasama pengunjung di pasar Ramadan supaya meletakkan kereta mereka di kawasan sesuai supaya tidak mengganggu laluan.
“Kerjasama semua pihak boleh mengubah sebarang kejadian tidak di ingini berlaku, ” katanya.
sinar harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan