25 Julai 2011

Satu maut, 20 cedera parah dalam nahas di New York

23 Syaaban 1432H. [MOD] -

WATERLOO: Seorang pemandu lori terbunuh dan sekurang-kurang 20 cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh sebuah bas persiaran yang membawa kira-kira 50 orang di pusat bandar New York, hari ini.

Polis Negeri, Sgt. Thomas Burroughs, berkata untuk mengetahui jumlah sebenar yang cedera dalam kemalangan itu adalah sukar kerana sebilangan daripada mereka dibawa helikopter ke hospital di Rochester manakala yang lain dibawa ambulans dan kenderaan persendirian. Tiada sebarang maklumat terkini berhubung keadaan mereka.

Nahas itu berlaku jam 1.30 pagi waktu tempatan di lorong menuju ke Timur Interstate 90, di pinggir utara wilayah Finger Lakes. Kedua-dua kenderaan terbakar selepas kemalangan itu. - AP

Tiada ulasan: