18 Ramadhan 1432H. [MOD] -
RAMAI penduduk di Miri dan juga di Sarawak merungut tentang harga rumah yang terlalu mahal di bandaraya Miri. Bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana tentu sukar sekali untuk memilikirumah sendiri disebabkan harga sebuah rumah teres sekarang boleh mencecah sampai Rm300 ribu keatas.
Untuk mendapat rumah kos dibawah RM200 ribu ke bawah sekarang sukar sekali. Pemaju perumahan sering memberi alasan disebabkan harga bahan binaan yang semakin meningkat menyebabkan mereka menaikkan kos harga rumah sekarang.
Kita minta pihak kerajaan supaya dapat mengawal harga kos rumah yang terlalu tinggi sekarang ini dapat di kurangkan ke minima supaya golongan yang berpendapatan rendah dapat membeli dan memiliki rumah sendiri.
Sepatutnya Sarawak yang mempunyai tanah yang luas sebesar semananjung Malaysia tidak mempunyai masalah untuk membina rumah kos rendah dan juga rumah yang mempunyai tempat keluasan yang luas bukan seperti sekarang dimana terlalu kecil dan sempit. Mengapa pihak kerajaan hanya membiarkan pihak pemaju perumahan mengambil keuntungan yang melampau dengan membina rumah yang kecil dalam kawasan yang sempit?
Mengapa perlu membina rumah flat dan teres sedangkan kalau kerajaan benar-benar perihatin sudah pasti kerajaan dapat memberi tanah lot kepada semua rakyat di Sarawak ini sebab tanahnya luas. Kalau kerajaan serah kepada pemaju perumahan sudah pasti rakyat akan menanggung semua kos pembinaan dan juga yang untung bukan rakyat tetapi pemaju. Sedangkan pihak pemaju mendapat keuntungan yang tinggi hasil dari jualan mereka dan yang jadi mangsa sekarang adalah rakyat. Dimana tanggungjawab kerajaan untuk membantu masalah rakyat ini?
Kita minta kerajaan Sarawak jangan biarkan masalah ini berlarutan, kita perlu membina lebih banyak rumah kos sederhana dan rendah untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Kalau kerajaan benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku dalam Sarawak yang mempunyai keluasan tanah yang boleh menampung semua rakyat Sarawak yang tinggal dalam Negara ini.
Kalau pihak kerajaan gagal untuk mengatasi masalah dan membantu rakyat yang sudah sekian lama ingin memiliki rumah sendiri, kita jangan biarkan mereka terus berkuasa kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan atas kelemahan system pentabiran mereka sendiri yang hanya mementingkan kepentingan pihak pemaju dan pihak yang mempunyai kepentingan sehingga membiarkan rakyat hidup sengsara di tanah
sendiri.
Miri juga tercatit sebagai Bandar yang mempunyai penduduk setingan yang ramai. Inilah antara puncanya mengapa Miri ramai penduduk mendiami kawasan setinggan disebabkan rata-rata yang tinggal dalam setinggan adalah penduduk yang datang dari daerah lain dan ada juga penduduk asal Miri. Mereka tidak mampu untuk membeli rumah dengan kos yang terlalu tinggi maka dengan sebab itu mereka membina rumah dalam kawasan tanah kerajaan demi untuk menyambung kehidupan seharian.
Apakah pihak kerajaan sudah merancang untuk memindah mereka ke suatu tempat yang lebih selesa dan selamat? Sepatutnya pihak kerajaan memperuntukan suatu tempat perumahan yang sesuai untuk didiami bukan macam sekarang dimana ada sesetengah tempat perumahan rakyat terpaksa
ditimbus tanah disebabkan kawasan berpaya dan dalam kawasan belukar dan di pinggir hutan dimana mereka terpaksa menimbus tanah-tanah paya serta memerlukan kos yang tinggi. Sudah pun tanah kena bayar ini belum lagi membeli bahan binaan rumah dan sebagainya. Tentu ini akan menjadi bebanan pada mereka yang kurang berkemampuan.
Sekiranya mereka hendak membeli rumah kos rendah pun mereka memerlukan dana yang cukup sebab ada diantara mereka yang di temui mengatakan rumah kos rendah sekarang harganya boleh mencecah sampai RM100 ribu ke atas. Dimana slogan kerajaan mengatakan “Rakyat di Dahulukan, Pencapaian dI utamakan”?
Sekali lagi kita menyeru agar pihak kerajaan dan pemaju perumahan boleh menyediakan rumah yang sesuai dan selamat untuk didiami serta dengan harga kos yang sederhana yang mampu dimiliki oleh golongan yang mempunyai pendapatan sederhana dan rendah.
Semoga amalan menuju ke arah Negara berkebajikan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat marhean selama ini akan menjadi kenyataan sekiranya berlaku perubahan kuasa selepas PR 13 nanti, Insya-Allah
**Jofri Jaraiee adalah Yang DiPertua PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak
harakahdaily/-
3 ulasan:
memang harga rumah kat Sarawak mahal.bukan setakat kat miri..bole kate majority kat Sarawak rumahnyer mahal...bole kate 2kali harga rumah kat semenanjung...harga mahal macam penduduk nyer berpendapatan tinggi..tetapi disebaliknyer...kesian..
dah dekat 3 tahun saya duduk sana... memang rumah sarawak mahal giler babas... rumah kos rendah pon susah nak cari... kesian orang sarawak yang berpendapatan rendah dan sederhana...
memang rumah dekat miri sarawak sini mahal sangat .sampai sya dan suami nak beli rumah sendiri pun tak mampu nak beli atas sebab rumah sekrg terlalu mahal ...
Catat Ulasan