30 September 2011

Interpol keluar waran terhadap anak Gaddafi

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LYON - Badan Polis Antarabangsa, Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Saadi iaitu anak kepada pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi, semalam atas kesalahan yang dilakukan semasa dia menjadi presiden persekutuan bola sepak di negara itu.

Saadi, 38, didakwa menggelapkan wang dan menggunakan kekerasan sepanjang dia berkhidmat dalam persatuan tersebut.

Interpol sudah mengeluarkan notis ’amaran merah’ bagi membolehkan negara di rantau itu membantu untuk mengesan Saadi yang dipercayai kali terakhir dilihat di Niger.

sinar harian/-

Tiada ulasan: