3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 30 Sept : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempunyai fakta dan hujah yang berasas namun berbeza pada situasi dalam mendepani krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Bendahari Agung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusuf Abd Rahman berkata perbincangan meja bulat berhubung situasi pembekalan air semasa akan dilaksanakan menerusi siri jelajah serata Selango. Hasilnya akan dimuatkan dalam satu memorandum untuk diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.
Syabas berpendirian bahawa krisis air bakal berlaku sekirannya cadangan pembinaan loji rawatan air Sungai langat 2 tidak diluluskan oleh kerajaan Negeri.
Sebaliknya, LUAS pula menyifatkan krisis air ini tidak akan berlaku kerana rekod menunjukan tujuh empangan dan sungai-sungai utama di serata Selangor pada tahap tidak membimbangkan. Ini bermakna bekalan air mentah mencukupi untuk keperluan loji pembersihan air.
"program berpincangan itu masih lagi berjalan, setakat ini lima daerah kita telah jelajah bagi mengumpul maklumat sebelum menyerahkan memorandum tersebut, oleh kerana perbincangan meja bulat itu belum selesai, kita belum muktamatkan isi kandungan memorandum tersebut."
Beliau berkata demikian ketika dihubungi TVSelangor bagi mengulas tujuan perbincangan meja bulat dalam membentuk satu memorandum yang dijangka akan selesai hujung bulan ini.
Kerajaan Negeri sebelum ini berpendirian bahawa tidak akan meneruskan cadangan pembinaan loji rawatan air (Langat 2) sekiranya penstrukturan semula air dapat diselesaikan dan dipersetujui semua pihak.
Namun hasrat ini terbantut kerana sehingga kini kerajaan persekutuan menerusi Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin tidak meluluskan cadangan itu.
Situasi ini membataskan Syabas dan LUAS dalam menjalankan tanggungjawabnya mendepani kekangan krisis air dan jaminan kepada pengguna.
"kalau isu ini tidak dimuktamatkan, kemungkinan bakal berlaku krisi air 2014, walaupun kerajaan negeri menyatakan ianya tidak akan berlaku sehingga 2019"
"Persoalannya kedua-dua pihak LUAS dan Syabas memberikan fakta yang berbeza dalam keadaan yang berbeza, secara dasarnya LUAS bertanggungjawab dalam membekalkan air mentah, walaupun ia pada paras yang banyak tetapi tidak boleh digunakan kecuali ianya dirawat terlebih dahulu, merujuk kepada Syavas pula air bersih untuk digunakan pada 2014 mungkin tidak mencukupi."
Syabas sebelum ini mendakwa isu krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menjadi kenyataan apabila rizab harian penggunan air hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak.
LUAS pula dilihat mengesa Syabas untuk melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji-loji sedia ada bagi menambah kapisiti loji pembersihan tersebut.
"Apa yang diharapkan setelah menyerahkan memorandum tersebut, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dapat meneliti dan sekirannya terbukti memorandum itu berasas, kita harapkan mereka akan mengambil tindakan segera."
tv news/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan