27 September 2011

Kartun jenakakan hudud diselar

27 Syawal 1432H. [MOD] -

PAS Melaka menyelar siaran kartun dalam akhbar Umno Utusan Malaysia semalam yang didakwa menjadikan hukum hudud sebagai bahan jenaka.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka Muhamad Aizat Bahrudin berkata, tindakan itu keterlaluan kerana mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan dosa besar.

"Hudud adalah hukuman yang disyariatkan Allah. Ia bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah.

"Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah," kata Muhammad Azizat.

Muhammad Azizat menggambarkan kartun itu menunjukkan lelaki berserban, yang merujuk kepada Musyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang mendengar lagu sambil berbaring.

Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan: “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..”

Pandangan akal

Menurut Muhammad Azizat, karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Nik Aziz sedang membangkitkan isu lama.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau menyifatkan hudud kini digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh, seolah-olah perlaksanaannya merupakan "jenayah".

"Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.

"Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hukuman zina, hari ini kepada hudud pula.

"Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Melaka mendesak akhbar harian itu memohon maaf terhadap umat Islam atas "penghinaan" itu, kata Muhammad Azizat lagi.

MALAYSIAKINI/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia nih, segalanya tak jadi masalah sangat. lainlah kalau di negara lain dah lama pelukis tu kena pancung.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukti jelas bahawa UMNO/UM bukanlah pembela Islam tetapi UMNO/UM adalah parti munafik yang hanya menggunakan Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja. Semoga Allah melaknat UMNO/UM dan sekutu2nya.

Tanpa Nama berkata...

Orang Malaysia yang bernaik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAh, Nabi Muhammad pesuruh Allah perlu bertindak. Jangan biarkan perkara ini dipandang remeh dan terlepas begitu sahaja. Puak puak islam jahil ini perlu ditarbiyahkan dan diperingatkan bahawa jangan mempersendakan kan agama sendiri dan hukum-hukum Allah. Saya tidak berapa arif tentang undang-undang tetapi berharap sangat kalau ada peruntukan undang-undang yang boleh di gunakan untuk mensabitkan golongan islam celaka ini.Sekurang-kurangnya menjadi peringatan kepada orang islam, melayu, cina, india dan lain2 bangsa di Malaysia ini supaya berhati-hati dan sedar bahawa Agama dan Hukum-Hukum islam bukanlah bahan senda gurau untuk kepentingan politik.

JARUM MAS berkata...

UTUSAN SPESIS YG BAKAL DIHUMBANKAN DALAM KECELAKAAN DIDUNIA INI TUNGGULAHH...SEMENTARA KETUA PENGARANGNYA DAN MEREKA YG BERSUBAHAT DGNNYA DIJAMIN 100 PERATUS DILONTARKAN KEDLM GAUNG NERAKA NANTI...PASTI