19 September 2011

Sekumpulan wanita berskirt mini berhimpun di Jakarta

21 Syawal 1432H. [MOD] -


JAKARTA 19 Sept. - Kira-kira 50 orang wanita memakai skirt mini dan sarung kaki panjang berwarna-warni berkumpul di Jakarta hari ini sebagai bantahan kepada komen gabenor Jakarta yang menyalahkan cara pemakaian wanita menjadi punca gangguan seksual.

Protes tersebut sebagai respons terhadap kepada kenyataan Fauzi Bowo yang berkata Jumaat lalu wanita tidak patut memakai pakaian yang terlalu terdedah bagi mengelakkan daripada dirogol atau dicabul.

Perhimpunan tersebut bertujuan meminta polis dan kerajaan Indonesia untuk lebih berusaha menjaga keselamatan wanita serta membantu mangsa gangguan seksual, bukan menyalahkan cara pemakaian wanita. - Reuters

Tiada ulasan: