07 Oktober 2011

15,993 penderma organ Perak

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH – Perak menduduki tangga keempat senarai penderma organ negara dengan jumlah keseluruhan 15,993 orang sejak tahun 2000 hingga Ogos 2011.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 179,789 orang yang mendaftar sebagai penderma organ di seluruh negara sejak 1997 hingga kini.

Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr Raja Ahmad Lope Raja Ariffin berkata, melalui jumlah itu pesakit buah pinggang adalah yang tertinggi dalam senarai menunggu dengan jumlah 14,015 orang.

Menurutnya, bagi Perak seramai 23 penderma sebenar sudah menjalani pemindahan organ sejak 2008 hingga tahun lalu.

“Selain itu, sebanyak 25 pesakit lagi memerlukan pemindahan hati, jantung dan paru-paru di seluruh negara.

“Bagaimanapun, bagi pesakit jantung kebanyakannya pemindahan organ gagal dilakukan kerana pesakit yang berada dalam senarai menunggu meninggal dunia sebelum sempat untuk melakukan pembedahan itu,” katanya di bilik mesyuarat Pusat Rawatan Harian HRPB, semalam.

Dalam perkembangan sama, umat Islam juga boleh menjadi penderma organ memandangkan Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan hukum penderma organ adalah harus.

“Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk menjadi pengikrar pendermaan organ boleh melayari laman sesawang www.agiftoflife.gov.my atau menghubungi Pusat Sumber Pemindahan Organ HRPB di talian 05-522 2324,” katanya.

SINAR HARIAN/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya mahu menderma buah pinggang waktu saya masih hidup. Saya tak kisah kpd siapa. Tp saya tak pasti adakah saya mempunyai buah pinggang yg sihat. Bagaimana harus saya lakukan? Saya puan shima berumur 42 tahun. No tel saya 019 9519302