07 Oktober 2011

Hadi kecewa UMNO fitnah hudud ciptaan PAS

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa selepas mendapati UMNO cuba memfitnah PAS dengan mendakwa hukum hudud yang ingin dilaksanakan itu merupakan hukum ciptaan PAS.

“Di Parlimen penggal 1990-1995 saya pernah mengemukakan usul supaya diselesaikan perkara ini tetapi ditolak begitu sahaja. Di sana ada pula tuduhan bahawa undang-undang itu ciptaan PAS. Walaupun semua tahu bahawa undang-undang syariat yang dinaskan dalam al-Quran dan hadis adalah jelas, tetapi PAS tetap dituduh dan difitnah,” katanya.

Bagaimanapun isu tersebut kembali bangkit menjelang pilihan raya umum ke-13 dan kini gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP telah menjadikan isu tersebut semakin rumit.

malaysia today/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hudud pas utk org islam shj.. ilmuan islam spt dr.asri, utz fathul bari nyatakan mst utk keselurhn sama muslim atau non muslim. malahan tdk bersedia dr aspek penerangan kpd raktyat...hakim, penguatkuasa, dll.. nnt tunggang terbalik. akhirnya maqasid syariah tdk terpelihara.