07 Oktober 2011

Kampong Bharu : Nasi sudah menjadi bubur....

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ekoran daripada kekalahan Pakatan Rakyat menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian, blogger Greenboc telah menyenaraikan ahli parlimen PR yang hadir dan yang tidak hadir.

Seingat saya sudah banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited dan tidak ponteng. Siapapun boleh memberi alasan yang berjela-jela tetapi nasi sudah menjadi bubur.

Apapun sebagai seorang yang beriman, saya yakin apa yang terjadi mesti mempunyai hikmatnya tersendiri. Allahuaklam.

Terasa sedih dan pilu dengan usaha yang ditinggalkan oleh bekas ahli Parlimen Ttitwangsa, Arwah Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali bila sampai dikemuncaknya gagal dengan mudah dan mengecewakan banyak pihak. Jelas kekalahan ini bukan satu kesilapan teknikal .

Dipenghujung hayatnya beliau masih keluar dengan keadaan uzur dan bertongkat untuk menemui rakyat di Kg Baru dalam parlimennya bagi mempertahan legasi Melayu yang berada dfi tengah ibu kota itu.

Contoh yang nyata dan sama sebelum ini PR gagal dalam kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak Pakatan Rakyat menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang hadir ialah seramai 28 orang iaitu:

PAS :

Mahfuz Omar
Salahuddin Ayub
Mohd Firdaus bin Jaafar
Mohd Hayati Othman
Che Uda Che Nik
Dr Siti Mariah Mahmud
Dr Mohd Hatta Ramli
Khalid samad
Siti Zailah bt Mohd Yusuf
Wan Abd Rahim Wan Abdullah
Muhammad Husin
Che Rosli Che Mat
Mohd Nasir Zakaria

PKR :

Tian Chua
Zuraida Kamaruddin
Yusmadi Yusof
Azmin Ali
Loh Gwo Burne
Ahmad Kassim
Azan Ismail

DAP :

M Kulasegaran
Lim Lip Eng
Charles Santiago
Sim Tong Him
M Manogaran
Er Teck Hua
Fong Po Kuan
Fong Kui lun


SEMENTARA YANG TIDAK HADIR IALAH:

Kedah
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)

Kelantan
P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

Terengganu
P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Penang
P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)

Perak
P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)

Pahang
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor
P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Wilayah Persekutuan
P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)

11 ulasan:

antahberantah berkata...

Syabas dan tahniah kepada semua MP PAS yang "tidak dapat" hadir untuk mengundi bagi menyelamatkan warisan Kpg Baru. Anda dipilih oleh rakyat tetapi anda gagal membantu mereka. Dekat-dekat nak PRU ni engkau orang buat perangai tak senonoh. Cakap hebat ekor bergelumang taik. Podaaaaaah.

Tanpa Nama berkata...

assalam...saya copy n paste dari tukar tiub...

KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB)

AKTA KAMPONG BHARU: TINDAKAN GELOJOH KERAJAAN DIKESALI

Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu (SPKB) kesal dengan sikap gelojoh dan tergesa-gesa Kerajaan yang meluluskan Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 malam semalam tanpa memberi masa dan peluang langsung kepada pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu peluang untuk melihat sendiri kandungan Akta tersebut. Tindakan ini jelas menunjukkan sikap rakus Kerajaan dan pihak-pihak yang berselindung di sebaliknya untuk mengaut kekayaan melimpah-ruah hasil daripada “pembangunan” Kampong Bharu kelak.

Isnin lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menarik balik Rang Undang-Undang Pembangunan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) dan terus membentangkan Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Bharu 2011 (RUU PPKB 2011) yang baru dengan beberapa pindaan. Belum pun sempat pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu berpeluang memegang, meneliti dan berbincang berkenaan undang-undang yang bakal menentukan masa depan mereka itu, Kerajaan telahpun secara tergesa-gesa sehingga lewat malam tadi meluluskan RUU PPKB 2011 tersebut di Parlimen.

Apakah yang hendak dikejar sangat sehingga tidak ada ruang langsung untuk RUU PPKB 2011 tersebut dibincang dan diluluskan oleh orang-orang Kampong Bharu sendiri terlebih dahulu, sedangkan merekalah pihak yang terlibat secara langsung dengan apa saja bentuk pembangunan yang hendak dicadangkan. Mereka adalah pemilik dan pewaris asal tanah Kampong Bharu sejak 111 tahun lalu dan kini segala pandangan dan hak mereka ke atas tanah mereka sendiri telah dirampas dalam masa hanya beberapa jam sahaja.

Kerajaan menggunakan mekanisme undang-undang dan Parlimen dijadikan “rubber stamp” untuk menafikan segala hak pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu yang merupakan satu-satunya warisan tanah orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.

SPKB juga mempersoalkan penglibatan empat badan GLC yang diumumkan Menteri malam tadi iaitu Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad yang dikatakan akan terlibat dalam pembangunan Kampong Bharu ini. SPKB menegaskan, bahawa penglibatan badan-badan ini tidak pernah langsung dibincang dan didedahkan kepada masyarakat Kampong Bharu malah, pemilik dan pewaris tanah sehingga sekarang masih lagi ragu dan sangsi tentang kaedah dan bentuk pembangunan yang hendak dijalankan.

Bagaimanakah ia hendak dimulakan dan adakah ia akan melibatkan perpindahan penduduk ke tempat yang lain sepanjang proses pembangunan itu dijalankan ? Apakah status hakmilik tanah mereka akan berubah dan adakah hartanah Kampong Bharu ini akan terbuka untuk diurusniagakan kepada semua orang ? Apakah jaminan hakmilik tanah akan kekal di tangan mereka dan mengapakah Menteri mempunyai kuasa penuh dan mutlak ke atas tanah Kampong Bharu?

Semua perkara ini masih tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah dan secara tiba-tiba, Kerajaan telahpun meluluskan RUU PPKB 2011 malam tadi dan meninggalkan tanda-tanya serta kemarahan kepada sebilangan besar masyarakat Kampong Bharu.

SPKB menegaskan sekali lagi bahawa kami tidak menolak sebarang bentuk pembangunan di Kampong Bharu tetapi biarlah ia dibuat secara tertib, beradab dan menghormati pandangan dan cadangan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu. Merekalah Tuan yang sebenarnya di Kampong Bharu ini, bukannya Menteri, orang-orang politik atau badan-badan korporat.

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi
Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu
6 Oktober 2011

Tanpa Nama berkata...

Mustahil usul ni diterima oleh speaker klu mp pr penuh kehadirannya

Tanpa Nama berkata...

lagi saya copy n paste dari tukar tiub...

Bro tt, harap tidak mengalihkan kemarahan Pemilik/Pewaris Kg.Baru kepada Ahli2 Parlimen yg tidak dapat hadir, kebiasaannya semua pembentangan Rang Undang2 dibuat dengan 2 kali bacaan, selepas yg pertama, yg kedua selalunya dibaca hari berikutnya. Jadi ramai juga Ahli2 Parlimen PR yg balik dgn anggapan akan disambung esok,
Saya sendiri telah pergi ke parlimen malam itu dan nampak ramai ahli gerombolan hanya datang & masuk dewan selepas YB2 PR pulang (pukul 9mlm pun ada yg baru datang, siang hari gerombolan tak ramai datang). Jadi saya nampak memang YB2 PR sudah kena serang hendap (AMBUSH).

Harap sdra2 dapat membantu dgn menumpukan serangan keatas Raja Bersiong & Gerombolan. Kami di Kg.Baru tetap akan lawan.

Wassalamualaikum

Tanpa Nama berkata...

setiap yang dibuat kerajaan BN ada udang disebalik batu. Kalau dia tak untung dia takkan buat projek. Nabi dah bersabda akhir zaman harta rakyat hanya berlegar dikalangan puak pemimpin yang jahiliah.

solehah berkata...

innalillah..kenapa begitu ramai ahli pakatan rakyat yang tidak hadir..selama ini saya berandaian bahawa PR comited dgn tugas mereka..bersangka baik..munkin mereka MC..tapi kenapa begitu ramai????????

Tanpa Nama berkata...

Baguslah nanti jangan tuduh kerajaan tidak berhati perut tidak memikirkan nasib orang Melayu,kita dah duduk sebagai pembangkang seharusnya sentiasa beringat bahawa kekuatan kita berada di parlimen dan jangan sesekali meninggalkan parlimen ketika sesuatu isu penting hendak dibahaskan tetapi inilah jadinya.Kalau asyik nak melalak tak buat kerja, jangan mimpi nak menang pilihanraya kalau begini kelakuan awak semua pemimpin pembangkang.Cuba sedarkan diri sikit kepada semua pemimpin pembangkang,dulu mungkin awak popular tetapi dengan perkembangan muktahir ini,meluat dengan kelakuan dan perangai pembangkang yang saban hari macam kebudak-budakan.Ubahlah perangai kalau nak menang.

Tanpa Nama berkata...

adakah dgn kedatangan semua nya dpt menyekat dr ianya terjadi?apa kata mp bn pun hadir smeua mcmana?yg sebenar perlu dijatuhkan adalah regim zionis melayu ini..inilah wabaknya.bn jatuh tkda lg akta zalim

SHAM berkata...

Kalaulah YB Dr Lolo masih hidup......

SHAM berkata...

Kalaulah Dr Lolo masih hidup... walau apapun hikmahnya masih ada..

Tanpa Nama berkata...

kenapa jadi macam itu...kenapa ramai sangat wakil rakyat PR tak pergi bersidang..kenapa... kenapa...