07 Oktober 2011

Pakatan gagal sekat rang undang-undang Kg Baru

9 Zulkaedah 1432H. [MOD] -


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.

Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Undian belah bahagian dibuat selepas Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kiri), yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.

Suasana agak kecoh sebaik loceng dibunyikan apabila ahli parlimen Pakatan yang kelihatan 'terlalu yakin' akan dapat menggagalkan rang undang-undang itu mengejek wakil kerajaan yang mula berlari masuk untuk memenuhkan korum.

Bagaimanapun, sebaik sahaja keputusan diumumkan Pandikar Amin, beberapa anggota pembangkang yang kecewa terus meninggalkan dewan.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika menggulung rang undang-undang itu berusaha keras mempertahankan peruntukan dalam rang undang-undang itu bagi penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu.

NONEBeliau menegaskan bahawa penubuhan perbadanan itu tidak sesekali berniat untuk mengambil tanah sesiapa di kawasan tersebut.

Katanya dengan nada penuh emosi berkata, penubuhan perbadanan itu sebaliknya hanya sebagai pemudah cara untuk membangun dan memajukan orang Melayu di kawasan itu.

Menurutnya kerajaan sudah meluluskan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang semuanya berkepentingan bumiputera iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH), Perbadanan Putrajaya dan Permodalan Hartanah Berhad untuk membangunkan Kampong Bharu dan mempastikan kepentingan Bumiputera terpelihara.

"Kita tidak memberi ruang syarikat swasta untuk ambil alih tanah orang Melayu di Kampong Bharu kecuali dengan persetujuan mereka.

"Kalau tak ada perbadanan, bagaimana hendak bantu mereka yang tidak mampu untuk membangunkan sendiri tanah masing-masing," tegasnya.

NONERang undang-undang itu yang dikemukakan untuk bacaan kali pertama pada Isnin antara lain bertujuan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dengan tanggungjawab melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubung pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu.

Perbadanan itu juga berperanan untuk menggalak, merangsang, meningkat, memudah dan menyelaras pembangunan dalam kawasan Kampong Bharu.

Semasa sesi perbahasan sebelum itu, dakwaan 'jual Melayu' yang dilontarkan seorang anggota Parlimen kerajaan kepada wakil rakyat PAS mencetuskan pertikaman lidah dan menjadikan sesi perbahasan rang undang-undang itu yang 'panas'.

NONEKeadaan itu berpunca apabila Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mencelah perbahasan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), mendakwa perbentangan rang undang-undang itu sebagai cubaan Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk menggadaikan orang Melayu.

Ekoran itu, Bung Moktar membalas dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa PAS yang sebenarnya menjual orang Melayu kerana parti itu mendewa-dewakan komunis sebagai pejuang.

"Yang menjual orang Melayu ialah PAS...dalam dewan ini Melayu pun kena jual...Batu (Tian Chua) jual. Hasrat murni kerajaan diputar belit.

"Kita (Barisan Nasional) tidak akan aniaya Melayu, Cina, India. Kita bangun bersama-sama untuk masa depan negara kita," katanya.

Dakwaan Bung Mokhtar itu menyebabkan beberapa ahli parlimen Pakatan bangun untuk membantah dan mendesak ahli parlimen Kinabatangan itu menarik balik kenyataannya menyebabkan keadaan menjadi hingar-bingar.

NONEPertikaman lidah antara ahli parlimen kerajaan dan pembangkang berterusan kira-kira lima minit sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee bertindak mengetuk penukul keadilan sebanyak tiga kali dan meminta semua ahli parlimen bertenang.

Bagaimanpun cubaan Ronald gagal mententeramkan keadaan apabila masih ada ahli parlimen yang terus bertikam lidah, termasuk Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat dan meminta Bung menarik balik kenyataannya kerana mendakwa Bung Mokhtar telah mengeluarkan banyak kenyataan yang menghina.

NONE"Sepanjang perbahasan, Kinabatangan tuduh kita dijual sedangkan perbahasan berhubung Kampong Bharu. Yang hendak dijual ialah orang Kampong Bharu oleh Umno.

"Dia keluarkan banyak perkataan menghina, saya rasa ia satu cara perbahasan yang tak Parlimentarian," katanya.

Keadaan itu menyebabkan Ronald terpaksa mengambil ketetapan bahawa tidak ada sebarang pelanggaran Peraturan Mesyuarat berlaku, kerana berpendapat Bung Mokhtar tidak bermaksud menjual sesiapa, sebaliknya menyifatkan ahli parlimen Shah Alam itu membuat terjemahan secara literal.

- Bernama

Sementara itu, bercakap di lobi Parlimen malam tadi, Mahfuz berkata PAS sekali lagi menegaskan, pembangunan Kampung Baru perlu dibuat dengan cara yang telus supaya tidak ada mana-mana pihak khasnya pemilik tanah yang terasa mereka dizalimi.

Sehubungan itu, katanya yang dipetik Harakahdaily, PAS mempertikaikan kewujudan tiba-tiba empat GLC yang akan menguruskan pembangunan Kampung Baru malam tadi sedangkan rang undang-undangnya baru semalam diluluskan.

Empat GLC berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad dan satu lagi akan dinamakan dalam masa terdekat.

"Bagaimana sudah ada senarai GLC yang akan terlibat dalam perbadanan ini sedangkan Rang Undang-undang baru diluluskan sekejap tadi," katanya.

Mahfuz berkata, Pakatan Rakyat tidak menolak pembangunan namun mahu ianya diuruskan secara telus dan melibatkan wakil penduduk sendiri.

"Beberapa kali kita tegaskan, kita tidak menolak pembangunan di kawasan Melayu tapi kita tidak mahu pembangunan itu akhirnya meminggirkan orang Melayu sendiri.

"Esok media arus perdana akan mainkan Pakatan Rakyat tolak pembangunan dan tak mahu Melayu maju.Kita nafikan perkara itu dan kita minta kerajaan benar-benar ikhlas nak majukan kawasan Melayu, bukan komersil semata-mata," katanya.

Malaysiakini/-

2 ulasan:

umno benci hudud berkata...

mano poie mp lain?72-28 jauh tu

Tanpa Nama berkata...

habslah kali ni kg baru.tinggal kenangan saja.umno memang lidah bercabang.last2 jual kat bangsa asing.ko orang tengoklah nanti.orang kg baru sure kena halau..umno bukan peduli pun,janji dpt komisen.pr pulak amat mengecewakan.what the helll...