Sengal tulang dan bengkak urat serta otot akibat terjung tiruk bersama KIA Sedona masih belum hilang. Tapi, badan menjadi gagah tiba-tiba setelah mendapat sepucuk SMS dari seorang teman di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara dah keluar. Itu isi mesejnya.
Saya bangkit dari pembaringan, menekan suis laptop dan melayari internet. Web Jabatan Audit diakses dan terus memuat turun fail. Berbekalkan segelas susu dan beberapa keping biskut Ulker, saya meneliti audit tersebut. Beberapa bahagian penting dicetak keluar untuk simpanan anak cucu.
Ringkasan audit 2010 :
KEMENTERIAN PELAJARAN
RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang dijangka siap sepenuhnya pada April 2008. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.
KEMENTERIAN PERTAHANAN
- Rak akhbar dan majalah : RM 1445.
- Ubahsuai katil : RM 950
- Katil Bujang : RM 700
- Kerusi Plastik : RM 761
- Meja Kayu kecil : RM 950
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
- 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
- Makanan tamat tempoh.
- Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)
Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.
- Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
- LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
- Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
- Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
- Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
- Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal.
Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :
- Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
- Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
- Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
- LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
- GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
- CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
- Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808
MAJLIS SUKAN NEGARA
MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.
KEMENTERIAN KESIHATAN
Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.
Laporan Audit bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Setakat pengetahuan saya dalam hal ini, ia hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Kebarangkalian untuk lebih teruk atau lebih baik masih sangat besar.
Kajian ini pula adalah kajian ringkas yang tidak merangkumi perincian lain yang bakal mendedahkan lebih banyak kecacatan, pengkhianatan dan tidak amanah terhadap pengurusan kewangan.
Sumber : Laporan Ketua Audit Negara 2010 : LINK
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
2 ulasan:
mana dia komen2 dari penyokong2 dan pendukung2 kerajaan MPemerintah yang diagung2 kan?....
menjadi lumrah hidup orang yang dah biasa dengan rasuah susah nak berhenti. walaupun laporan audit dah keluar, mereka yang berkuasa tetap akan melakukan rasuah sebab dah biasa hidup mewah. biarlah mereka yang bertanggungjawab atas kesalahan rasuah ini mendapat hukuman yang setimpal pada hari akhirat nanti... amin
Catat Ulasan