23 November 2011

ISA : Najib tipu rakyat Malaysia

27 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media

Saya ingin menyatakan rasa kesal terhadap tindakan PM Najib yang telah menipu seluruh warga Malaysia berhubung isu pemansuhan ISA, rakyat pasti tidak akan lupa dengan pengumuman beliau pada 15 Sept lalu mengenai pemansuhan ISA.

Tetapi apa yang menjadi suatu realiti hari ini ialah satu negara telah dibohongi oleh pelopor 1Malaysia dan layaklah PM Najib dikenali sebagai 1 entiti Umno BN yang merupakan satu-satunya penipu negara yang makin reput.

Saya merasa amat kecewa, tidak percaya dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu bawah ISA (termasuk 3 pemimpin).

Saya ingin menggesa dan mendesak BN supaya segera bebaskan tahanan tersebut, isu ini juga disuarakan Suhakan supaya pihak berkuasa BN membebaskan kesemua tahanan dan memberikan mereka hak untuk dibicarakan.

Persoalan timbul apabila tindakan pimpinan BN ini tidak serupa sebagaimana yang diungkap, apakah status ISA sebenarnya? apakah benar ia akan dimansuhkan seperti diumumkan pada hari Malaysia lepas? Adakah wujud unsur penipuan terhadap Rakyat?

Inilah yang menjadi punca masalah Negara di mana setiap kata-kata pemimpin negara punyai niat mahu menipu rakyat, kewujudan parti-parti assobiyah (perkauman) seperti Umno khususnya telah menyebabkan perjuangan untuk kepentingan bangsa masing-masing diutamakan, senario sebegini amat malang untuk seluruh Malaysia.

Umno BN cuma mengutamakan hak elit pemimpin dan kroni mereka sahaja, buktinya berbilion wang negara gagal diurus tadbir supaya rakyat dapat manfaatnya, rakyat harus ambil contoh negara jiran yang tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin yang secara terang-terangan berbohong kepada rakyat, kepada seluruh warga negara, perubahan masih boleh dan sempat dilakukan untuk selamatkan Malaysia.

Drs, Khalil Idham Lim
Ipoh, 22 Nov. 2011

Tiada ulasan: