23 November 2011

Zambry bentang bajet pilihanraya.

27 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 23 Nov : Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak sebagai bajet pilihanraya.

Beliau berkata, Bajet yang mengalami defisit sebanyak RM 50.142 juta. Bajet yang dibentangkan ini tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri. Ianya jelas hanya bersifat pemberian.

"Pada prinsipnya, bajet ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tiada langsung usaha-usaha untuk membangun dan memajukan negeri," katanya ketika membuat sidang media sejurus sidang DUN Perak ditangguhkan.

Tambahnya lagi, bajet tahun 2012 ini mengalami defisit yang sangat besar. Ianya jelas berpunca daripada kepincangan pengurusan kewangan.

" Ini menggambarkan Kerajaan Negeri Perak kepada sebuah negeri yang bankrap apabila pembelanjaan lebih daripada pendapatan," tegasnya lagi.

Sidang ditangguhkan hingga esok dan akan berlanjutan hingga Jumaat.

Tiada ulasan: