
27 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - PKR mendedahkan dakwaan penyelewengan melibatkan dana National Feedlot Corperation (NFC), apabila syarikat itu dikatakan membiayai pakej umrah melibatkan pengarah eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran bernilai RM31,580.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, sebelum ini parti itu mendedahkan tentang pembelian kondo mewah dan lawatan keluar negara.
Saifuddin berkata, PKR mempunyai bukti jelas, bagaimana pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam itu yang mana arahannya dikatakan datang dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.
“Sampai bila nak dihentikan, selepas ini melibatkan perbelanjaan apa pula?” katanya di lobi Parlimen, semalam.
Hadir sama, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC yang mendapat dana sebanyak RM250 juta gagal memenuhi matlamat dan mencapai sasaran untuk membekalkan keperluan daging lembu tempatan.
Sebelum ini, NFC dilaporkan turut membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar sebagai bayaran kepada National Mear and Livestocks Corporation (NMLC).
Bagaimanapun, Mohamad Salleh dalam satu ke-nyataan minggu lalu berkata, pembelian kondominium berkenaan adalah pelaburan hartanah syarikat.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan