11 November 2011

NTC beri jaminan bekas PM Libya dibicarakan secara adil

14 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BENGHAZI 11 Nov. – Bekas Perdana Menteri Libya, Baghdadi al-Mahmudi (gambar) akan diberi perbicaraan adil selepas beliau diekstradisi dari Tunisia ke Libya, kata pemimpin kerajaan sementara Libya, semalam.

“Kami akan memastikan tempat yang selamat untuk beliau dibicarakan secara adil,” kata Ketua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), Mustafa Abdel Jalil.

Beberapa kumpulan hak asasi menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan Mahmudi jika beliau dihantar pulang ke Libya dari Tunisia selepas penyingkiran bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang mati ditembak ketika ditahan pejuang NTC pada bulan lalu.

Mahmudi, 70, ditahan pada 21 September lalu di sempadan barat daya Tunisia dengan Algeria kerana memasuki negara itu secara haram. – AFP

Tiada ulasan: