17 Muharram 1433H. [MOD] -
SEREMBAN - Bekas Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Mohd Kamal Saad, 57, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, atas tuduhan menerima tiket penerbangan dan penginapan daripada sebuah syarikat memandu untuk menghadiri satu mesyuarat di Sabah, tahun lalu.
Mohd Kamal membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.
Mengikut pertuduhan, Mohd Kamal didakwa menerima tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Kota Kinabalu berharga RM298 dan penginapan selama satu hari di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah bernilai RM390 bagi menghadiri Mesyuarat Jabatan Pengangkutan Jalan Bersama Institut Memandu Negeri Sembilan pada 24 Julai hingga 26 Julai 2010.
Mohd Kamal menerimanya daripada pemilik Institut Pemandu Empat Sempurna (M) Sdn Bhd, Lukut Port Dickson, Sharifah Norliza, 45.
Tertuduh yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia di Putrajaya didakwa menerima tiket dan tempahan hotel itu tanpa balasan di pejabat JPJ negeri pada 24 Julai tahun lalu walaupun mengetahui wanita itu ada kena mengena dalam urusan yang dijalankan oleh beliau ketika itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Fairuz Johari memohon mahkamah membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, Mohd Kamal yang diwakili peguam, Ramzani Idris dan Muhammad Faiz Fadzil memohon ikat jamin dikurangkan dengan alasan akan bersara dalam tempoh enam bulan lagi, selain perlu menyara keluarganya.
Nursinah membenarkan Mohd Kamal dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Nursinah turut menetapkan 2 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan