28 Januari 2012

Bursa Saham Malaysia makin merudum


HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam apabila pelabur mengurangkan pegangan masing-masing di dalam kaunter kewangan terpilih sebelum cuti hujung minggu, kata penganalisis.

Kebanyakan kerugian dilihat dialami oleh CIMB dan Maybank yang menurunkan FTSE Bursa Malaysia KLCI 2.96 mata kepada 1,520.90 mata pada akhir dagangan semalam.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 459 kepada 370 manakala 292 kaunter tidak berubah, 353 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung. Perolehan keseluruhan meningkat kepada 2.278 bilion saham Indeks Kewangan turun 75.84 mata kepada 13,420.77, Indeks Perusahaan rugi 1.41 mata kepada 2,718.75 tetapi Indeks Perladangan meningkat 23.31 mata kepada 8,750.52.

Indeks FBM Emas menokok 3.72 mata kepada 10,578.33, Indeks FBM ACE menambah 46.24 mata kepada 4,496.64, Indeks FBM70 melonjak 87.34 mata kepada 12,149.36 dan Indeks FBM Top 100 kurang 0.14 mata kepada 10,363.52.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 459 kepada 370 manakala 292 kaunter tidak berubah, 353 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Perolehan keseluruhan meningkat kepada 2.278 bilion saham bernilai RM1.85 bilion daripada 1.96 bilion saham bernilai RM1.69 bilion diniagakan kelmarin.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.15 bilion saham bernilai RM1.68 bilion daripada 1.25 bilion saham bernilai RM1.58 bilion kelmarin.

Perolehan di Pasaran ACE meningkat kepada 568.98 juta unit bernilai RM83.46 juta daripada 288.87 juta unit bernilai RM34.77 juta pada Khamis.

Waran meningkat kepada 559.29 juta saham bernilai RM88.10 juta daripada 415.10 juta saham bernilai RM75.36 juta sebelum ini.

Di kalangan kaunter aktif, IJM Corp menambah 25 sen kepada RM5.70 dan Ahmad Zaki Resources menokok 16 sen kepada 90 sen selepas mendapat kontrak terbaru dari MRT Corp bernilai RM1.738 bilion.

BRD-Hicom juga menarik lebih ramai pelabur selepas pengambilalihan terbaharu saham Proton, yang menyaksikan harganya meningkat 21 sen untuk ditutup kepada RM2.71.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank rugi 3.0 sen kepada RM8.19, Sime Darby turun 1.0 sen kepada RM9.07 dan Petronas Chemicals turun 2.0 sen kepada RM6.65.

Produk pengguna mencatatkan 134.51 juta saham diniagakann di Pasaran Utama, produk perusahaan 212.12 juta, pembinaan 94.46 juta, dagang dan perkhidmatan 378.35 juta, teknologi 29.67 juta, prasarana 36.29 juta, kewangan 72.89 juta, hotel 714,900, hartanah 107.30 juta, perladangan 34.40 juta, perlombongan 367,900, REIT 7.17 juta dan tertutup/dana 49,000.
-BERNAMA

4 Rabi'ul Awal 1433H

Tiada ulasan: