WASHINGTON 27 Jan. – Seorang remaja Islam kelahiran Amerika Syarikat (AS) semalam mengaku bersalah atas dakwaan cuba mengebom pusat rekrut tentera AS dan berdepan hukuman 25 tahun penjara.
Antonio Martinez, 22, yang menukar nama kepada Muhammad Hussain selepas memeluk Islam, mengaku menggunakan senjata yang boleh mendatangkan kemusnahan terhadap harta kerajaan dalam cubaan mengebom pusat rekrut di Baltimore, Maryland.
Pendakwa Raya Jabatan Kehakiman AS, Rod Rosenstein dalam kenyataannya berkata, Hussain dan beberapa suspek lain ditangkap sebelum sempat melancarkan serangan itu dan mereka disiasat mengikut undang-undang keselamatan negara.
“Jika hakim menerima pengakuan bersalah tersebut, tertuduh mungkin dipenjarakan selama 25 tahun.
“Mahkamah akan membuat keputusan pada 6 April ini,” katanya.
Ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menahan Hussain pada Disember 2010 selepas merancang untuk menyerang tentera AS.
Dia ditahan ketika cuba memasang bom yang dipercayai diletakkan pada sebuah kereta yang terdapat di pusat rekrut itu yang sebenarnya palsu.
Pusat rekrut itu dibuka di pusat membeli belah di Catonsville, Maryland selatan Baltimore.
Suspek sebelum itu turut menyiarkan komen secara terbuka dalam akaun Facebook yang menyeru menghentikan penindasan terhadap umat Islam. – AFP
4 Rabi'ul Awal 1433H.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan