24 Januari 2012

Empat maut dalam pertempuran di Bani Walid

1 Rabiul Awal 1433H. [MOD] -

TRIPOLI 24 Jan. - Penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan kumpulan militia yang setia kepada Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dilaporkan bertempur di bandar Bani Walid, kira-kira 200 kilometer di tenggara Tripoli, semalam.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 20 lagi cedera dalam pertempuran melibatkan penggunaan senjata berat.

Keganasan itu tercetus susulan penangkapan beberapa penyokong setia Gaddafi oleh militia berkenaan.

Bani Walid merupakan kubu kuat bagi rejim tentera Gaddafi semasa perang saudara yang berlaku selama sembilan bulan. - REUTERS

Tiada ulasan: