24 Januari 2012

Puting beliung landa Alabama, dua maut

1 Rabiul Awal 1433H. [MOD] -

MIAMI 24 Jan. - Dua dilaporkan maut manakala ramai lagi dikhuatiri terperangkap di rumah akibat puting beliung yang melanda Alabama, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Sheriff Jefferson, Randy Christian memaklumkan, mereka yang maut masing-masing berasal dari kawasan Clay dan Oak Grove.

Jelas beliau, kedua-dua mangsa merupakan seorang remaja berumur 16 tahun dan seorang warga emas berusia 82 tahun.

Tambah Christian, pasukan penyelamat ketika ini sedang berusaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap di tiga lokasi sekitar Birmingham. - AFP


Tiada ulasan: