23 Mac 2012

Barisan Nasional Gagal Memyelesaikan Masalah Penternak

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Ramai dari kalangan masyarakat India terlibat dalam aktiviti penternakan lembu, kerbau dan kambing. Kegiatan ini diusahakan secara turun-temurun oleh kebanyakan daripada mereka. Ada juga ramai yang melibatkan diri dalam aktiviti penternakan baru-baru ini kerana prospek yang luas dan menggalakkan.

Penternakan dapat mewujudkan sumber pendapatan yang agak lumayan kepada pengusaha-pengusaha rajin. Dalam pada itu, aktiviti penternakan ini juga menyediakan susu dan daging sebagai sumber makanan kepada orang tempatan. Penternakan yang giat dapat mengurangkan pengantungan negara kita kepada negara lain untuk bahan makanan. Ia juga dapat merendahkan aliran wang kita ke negara asing.

Kerajaan sedar tentang keperluan kegiatan penternakan terutamanya lembu, kerbau dan kambing. Walaupun dari segi teorinya kerajaan menyokong kegiatan penternakan tetapi pada realiti banyak berlaku gangguan kepada kegiatan ini. Kerajaan kerap meluluskan tanah kawasan penternakan yang sedang diusahakan kepada projek-projek pembagunan yang lain. Permohonan TOL oleh penternak-penternak sering kali ditolak dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Ini menyebabkan berlakunya penternakan secara haram yang berleluasa di negara kita. Walaupun aktivitu penternakan yang dijalankan secara haram sentiasa diganggu oleh pihak-pihak tertentu tetapi sumbagannya di dalam kuih ekonomi negara tidak dapat dinafikan.

Penternak-penternak India juga menghadapi pelbagai masalah dalam menjalankan kegiatan mereka. Mereka tidak diberi tanah untuk dijadikan padang ragut untuk haiwan ternakan mereka. Mereka terpaksa menjalankan aktiviti penternakan di tanah kerajaan atau milik persendirian. Oleh kerana ketidak sesuaian kawasan,

adakalanya haiwan ternakan mereka dilepaskan begitu sahaja untuk meragut di tepi jalan dan di kawasan perumahan. Ini menimbulkan berbagai-bagai kesulitan kepada orang ramai. Banyak juga kes kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh haiwan ternakan ini. Ramai pula yang membuat aduan bahawa haiwan-haiwan ternakan ini merosakan kebun-kebun mereka dan mengganggu kawasan kediaman mereka.

Bila aduan memuncak, pihak kerajaan tempatan pula akan mengadakan opesari untuk menangkap haiwan ternakan itu. Pemilik haiwan dikenakan denda yang tinggi. Jika tidak dapat dibayar, haiwan-haiwan yang ditangkap itu akan dilelong oleh pihak berkuasa tempatan.

Adakah tindakan seperti ini boleh menyelesaiakan masalah yang sebenar? Penternakan haiwan adalah aktiviti ekonomi yang perlu dan tidak boleh dipandang rendah oleh pihak kerajaan. Ia perlu dilaksanakan dalam keadaan yang lebih terancang. Kerajaan harus menyedikan lebih banyak kawasan untuk kegiatan penternakan. Penternak-penternak harus diberi TOL untuk membantu mereka mengiatkan lagi usaha mereka.

Kerajaan yang ada sekarang gagal menyelesaikan masalah ini. Ramai penternak-penternak India di negeri Perak mengadu bahawa permohonan mereka tidak diberi pertimbangan langsung oleh kerajaan negeri. Malah mereka sentiasa terdedah kepada ancaman pihak berkuasa dan anasir-anasir luar.

Apabila diusul periksa, aduan mereka ini didapati benar. Jika kerajaan menafikan perkara itu, saya meminta Dato S.Veerasingam Penasihat Kepada Menteri Besar Perak untuk mendedahkan jumlah keluasan tanah yang diluluskan kepada penternak-penternak India sejak tahun 2009 sehingga ke hari ini. Maklumat ini adalah penting untuk mengetahui samada kerajaan Perak yang ada sekarang prihatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penternak-penternak India.

YB V.Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuba semak berapa padang ragut yang tinggal sekarang... kenapa aktiviti itu tidak dilaksanakan... adakah padang ragut telah bertukar kepada padang kelapa sawit atau lain lain..dulu setiap kampung ada padang ragut kini ada ke lagi.. lembu kerbau berkeliaran di dalam kampung kampung salah siapa...