1 Syaaban 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU – Seorang penjual keropok mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin atas tuduhan memiliki 153 pil kuda atau dadah metamphetamine di sebuah rumah di Kedai Buloh di sini, 15 Jun lalu.
Hukuman terhadap tertuduh, Wan Yusof Wan Hassan, 39, bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu laporan kimia jumlah berat dadah berkenaan.
Berdasarkan tuduhan dihadapi, dia didakwa memiliki dadah dengan anggaran berat 15.3 gram berkenaan di rumah Kedai Buloh, Jalan Pulau Kundor di sini, pada jam 7.15 pagi, tarikh berkenaan.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara antara dua dan lima tahun dan sebat antara tiga dan sembilan kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad. Kes disambung 30 Julai depan
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan