1 Syaaban 1433H. [MOD] -
KECEDERAAN tendon achilles Tomas Rosicky belum menunjukkan sebarang perkembangan positif sekali gus kapten Republik Czech itu berkemungkinan tidak akan diturunkan pada aksi suku akhir menentang Portugal, Jumaat ini.
Rosicky yang sempat beraksi pada perlawanan menentang Greece juga terlepas aksi bertemu Poland, Ahad lalu, masih bergelut untuk mencapai tahap kecergasan sepanjang sesi latihan minggu ini.
Pengurus pasukan, Vladimir Smicer mengakui tidak dapat memberi jaminan untuk pemain tengah Arsenal itu beraksi dalam kesebelasan utama Czech.
“Rosicky tidak menjalani latihan selama lapan hari, dia hanya berbasikal. Sekurang-kurangnya dia perlukan tempoh tiga hari penuh untuk kembali cergas sepenuhnya," katanya.
Sementara itu, jurucakap pasukan itu, Jaroslav Kolar memberitahu, Rosicky sudah memulakan sesi latihan ringan bersama pasukan semalam.
“Bagaimanapun, jurulatih belum memutuskan sama ada akan menurunkan Rosicky atau tidak,” katanya.
Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan