1 Syaaban 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU: Bonda saudara Sultan Kelantan, Datuk Tengku Salwani Sultan Yahya Petra dan Datuk Tengku Rozan turut menurun tanda tangan sebagai sokongan tuntutan royalti dan pendaratan gas di Kelantan.
Baginda berdua yang diiringi anggota Jawatankuasa Purnama meluangkan masa lebih satu jam melawat pameran di Ekspo Dunia Islam dan Konvensyen Halal Dinar dan Dirham, di sini.
Turut mengiringi kerabat Diraja Kelantan itu, isteri Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid, Datin Rohana Abdul Rahman yang turut menurunkan tanda tangan sebagai sokongan yang sama.
Mereka juga turut menurunkan tanda tangan sokongan menuntut royalti dan pendaratan gas di Bachok, Kelantan.
Sementara itu, Tengku Salwani mengakui begitu seronok melihat barangan yang dipamerkan di ekspo tersebut sambil menyifatkan ianya begitu hebat.
“Memang seronok, hebat ekspo ni,” ujar Tengku Salwani.
Pelbagai program menarik diadakan di pameran ekspo antaranya demonstrasi masakan luar negara.
Harakah Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan