17 Julai 2012

Ada pejawat awam rugi akibat gaji SSM 2012

27 Syaaban 1433H. [MOD] -

Salam, Admin tertarik dengan luahan seorang kawan yang merupakan penjawat awam baru-baru ini tentang Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tahun 2012, yang menyatakan ada pihak dari kakitangan awam yang rugi dari kenaikan tersebut.

Oleh sebab itu Admin membuat keputusan untuk menulis tentang perkara ini bagi mendapatkan penjelasan yang tepat tentang perkara ini (daripada sesiapa sahaja, termasuk anda sebagai pembaca).

Rugi yang dimaksudkan di sini ialah, terdapat perbezaan kenaikan gaji bagi senior dan junior di dalam skim SSM yang menyebabkan ada kakitangan mendapat jumlah gaji lebih sedikit, walaupun hakikatnya beliau lebih kanan dan lebih tinggi senioritinya.

Contohnya adalah seperti dalam jadual di bawah (Ali intake Okt 2008 dan Ahmad intake Mac 2009):

Klik pada jadual untuk paparan lebih besar

* Kalau dilihat daripada segi perkiraan gaji, seolah-olah Ahmad adalah lebih kanan berbanding Ali walaupun secara dasarnya Ali adalah kanan daripada Ahmad.

* Perbezaan senioriti gaji Ali berbanding Ahmad hanya 3 bulan, iaitu pada bulan Oktober, November & Disember berbanding Ahmad yang melebihi gaji sepanjang Januari – September iaitu sebanyak 9 bulan.

* Kalau dilihat Gross income antara Ali & Ahmad setahun, ternyata Ahmad melebihi daripada Ali.

* Impak gaji senioriti akan terlibat bagi KGT pada bulan 7 & 10.

* Impak ini juga akan terlibat secara menyeluruh ke semua penjawat bagi semua skim.

harakahdaily/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang pon.... dah SBPA dimansuhkan, patah balik SSM memang tergesa-gesa la....

ABU

Tanpa Nama berkata...

Ya, saya setuju dengan pendapat di atas kerana saya adalah mangsa kepada sistem ini (KGT julai dan oktober) yang menyedari perkara ini seawal sistem ini diperkenalkan. Tapi apakan daya pendapat saya tidak dipedulikan dan tidak tahu saluran yang betul untuk mengadu. Semoga dengan paparan ini akan membuka mata dan minda pihak-pihak berkaitan untuk memikirkan hal ini secara terperinci supaya dapat menyelaraskan kenaikan ini dengan lebih telus dan adil.

Tanpa Nama berkata...

rasanya perbezaan ini berlaku kerana bulan kenaikkan gaji tahunan dimana ali mendapat kgt pada bulan 10 dan ahmad pada bulan 1.ini menyebabkan gaji ahmad lebih.Sepatutnya Ali mendapat kgt pada bulan 1 dan ahmad pada bulan 10..Pihak Pengurusan sepatutnya merujuk perkara ini kepada JPA..

Tanpa Nama berkata...

Kalau mcm nilah gayanya, keseluruhan perkhidmatan awam boleh terjejas kerana gaji kakitangan awam merupakan motivasi terbesar utk mereka bekerja., ini perkara serius!! JPA & kerajaan harus ambil langkah segera bagi membetulkan perkara ini. Kita tak nak ada pegawai yg lebih junior tetapi gajinya melebihi pegawai yg lebih senior sedangkan gred gajinya sama, mana adil?? Ini boleh "demotivate" kakitangan awam utk "perform" dlm tugas.