17 Julai 2012

Mayat dua wartawan Iraq yang dibunuh di Syria dikeluarkan

27 Syaaban 1433H. [MOD] -

BAGHDAD: Mayat dua wartawan Iraq yang ditikam dan ditembak mati di Damsyik, diserahkan kepada pos sempadan Syria hari ini, kata pegawai tempatan.

"Dua wartawan Iraq, Ali Juburi al-Kaabi dan Falah Taha, dibunuh dengan pisau dan peluru di kawasan Jaramana," kata Komander Iraq pos sempadan Al-Waleed, Kolonel Abdelbasit al-Hilo, yang merujuk kepada pinggir bandar Damsyik. "Pasukan polis dan perisik Syria menyerahkan mayat wartawan itu bersama laporan perubatan hospital kepada pos sempadan Al-Waleed, hari ini. Mereka dipercayai dibunuh kelmarin,” katanya. - AFP

Tiada ulasan: