28 Ramadhan 1433H. [MOD] -
BANDAR TUN RAZAK. Rompin – Jika ada individu yang ingin menukar atau membeli barangan menggunakan wang kertas RM50 dan RM100, anda perlu berhati-hati kerana ia mungkin wang palsu.
Kegiatan urus niaga wang palsu kini dilaporkan semakin berleluasa di gugusan Felda Bandar Tun Razak melibatkan Felda Keratong 1 hingga 5, di sini, sejak lebih sebulan lalu.
Buktinya, kebanyakan peniaga yang terdiri daripada pengusaha stesen minyak, kedai tambah nilai dan peniaga pasar mini di Bandar Tun Razak, menerima wang palsu tersebut daripada pelanggan.
Peniaga mendakwa, wang kertas RM10, RM50 dan RM100 itu dikesan seakan-akan telah difotostat semula berdasarkan pada ciri-ciri keselamatan pada permukaan wang tersebut.
Seorang peniaga pasar mini, Mohamad Rozali Hassan, 42, berkata, wang palsu itu dikesan melalui mesin pengimbas wangnya selepas menerima wang palsu daripada pelanggan yang membeli barang di kedainya.
Menurutnya, wang palsu itu bukan saja tidak menampakkan ciri-ciri keselamatan, malah kertasnya juga lebih lembut seakan-akan kertas A4 serta dakwatnya mudah kembang dan lusuh.
“Sudah empat kali saya menerima wang kertas palsu. Kali pertama saya menerima wang kertas palsu RM10, dan kali kedua juga saya terima wang kertas RM10.
“Pada mulanya, saya tidak tahu ia merupakan wang palsu, namun setelah saya melihat wang itu di dalam mesin pengimbas, terbukti ia merupakan wang palsu kerana tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad Rozali berkata, dia tertipu kali ketiga apabila menerima wang palsu RM50 dan selepas memeriksa wang terbabit, terbukti dia menerima wang yang tidak boleh diurusniagakan.
“Selepas itu, saya lebih berhati-hati dan terbaru saya berjaya mengesan wang palsu yang digunakan oleh pelanggan yang mungkin tidak menyedari dia menggunakan wang terbabit semasa berurus niaga.
“Mungkin orang awam tidak menyedari mereka menggunakan wang palsu, tetapi kami sebagai peniaga terpaksa memastikan wang itu tulen atau palsu bagi memudahkan urusan dengan pihak bank,” katanya.
Menurutnya, dia menyimpan kesemua bukti wang palsu yang diterimanya itu di kedainya bagi menyedarkan pengguna, sama ada wang yang diterima mereka palsu atau tulen.
Tulisan pudar
SEORANG juruwang kaunter stesen minyak, Shahnizan Akmar Ismail, 25, berkata, dia menyedari menerima duit palsu RM50 semasa sedang sibuk menjalankan urusan di kaunter pembayaran.
Shahnizan berkata, semasa kerja-kerja mengira wang dilakukan, dia menyedari wang itu palsu selepas wang itu tidak boleh dibaca mesin pengimbas selain keadaan permukaannya yang berbeza dengan wang tulen.
“Saya lihat wang kertas itu kelihatan pelik kerana tulisannya yang kembang dan pudar dan selepas diperiksa pada mesin pengimbas memang terbukti ia adalah wang palsu,” katanya.
Katanya, kes wang palsu itu semakin ‘hangat’ diperkatakan penduduk di gugusan Felda Bandar Tun Razak kerana ramai peniaga yang sudah tertipu dengan kewujudan wang terbabit.
“Kalau diikutkan, ini adalah kejadian kali kedua kami menerima wang palsu dan selepas ini berharap agar pengguna lebih berhati-hati bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Tidak sedar
SEORANG pekerja stesen minyak, Hasnah Zainon, 52, pula berkata, dia tidak menyedari wang itu palsu kerana pada waktu itu ramai pelanggan yang singgah mengisi minyak di stesen minyak tersebut.
“Saya memang tak sedar ketika menerima wang palsu ini, kerana pada waktu itu, ramai pelanggan dan tidak sempat memeriksa sama ada wang itu tulen atau palsu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, wang itu disedari palsu apabila diperiksa oleh kakitangan bertugas yang menyatakan bahawa wang itu tidak boleh didepositkan di dalam bank.
“Kualiti wang palsu ini memang jauh berbeza dengan wang tulen tetapi dalam kesibukan melayan pelanggan, kadang kala kita terlupa dan terlepas pandang,” katanya.
Bendahari Koperasi Peneroka Felda Keratong 2 Rompin Berhad, Jaafar Talib, 65, berkata, kebiasaannya dia akan mengutip wang terlebih dahulu di setiap kaunter petrol pam sebelum dibawa ke bank.
Jaafar berkata, dia selalunya mengambil wang kertas terlebih dahulu sebelum berurusan dengan bank memandangkan stesen minyak itu akan ditutup pada jam 2.30 petang.
Bagaimanapun, katanya, dia mula berasa curiga selepas mendapati sekeping wang RM50 yang diterimanya berlainan daripada wang RM50 yang lain.
“Saya syak kami telah menerima wang palsu dan terus ke bank berhampiran untuk memasukkan kesemua wang ke dalam akaun bank, bagaimanapun sekeping wang bernilai RM50 tidak diterima kerana dipercayai palsu,” katanya.
sinar harian/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan