16 September 2012

Barcelona terus gah, Real Madrid merundum

29 Syawal 1433H. [MOD] -

KELAB Barcelona semakin mengukuhkan kedudukannya selaku pandahulu La Liga selepas mencipta kemenangan bergaya 4-1 ke atas Malaga di Stadium Coliseum Alfonso Pérez, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kelab The Catalan di bawah kendalian pengurus baru, Tito Vilanova nyata memberi kesan positif kepada Barcelona apabila terus mencatat kemenangan kali keempat dengan meraih 12 mata setakat ini.

Pada perlawanan tersebut, meskipun Barcelona bermain di hadapan penyokong lawan, namun ia tidak menjejaskan prestasi anak buah Vilanova untuk mencipta jaringan.

Akhirnya, pasukan pelawat membuka tirai jaringan awal menerusi Adriano Correia pada minit ke-32 untuk berada di depan.

Bersambung babak kedua, Barca yang menguasai perlawanan terus mencipta jaringan menerusi penyerang sensasi, Lionel Messi pada minit ke-74.

Selang beberapa minit kemudian, Messi sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-78 untuk mengukuhkan kedudukan 3-0.

Namun, Malaga terus dihukum dengan kelincahan David Villa apabila mengesahkan kemenangan pasukan pelawat dengan menjaringkan gol keempat pada minit-minit terakhir perlawanan.

Bagaimanapun, gol pertama Malaga yang hadir pada minit ke-80 menerusi J. Mascherano nyata mengubat kekecewan peminat yang membanjiri Stadium meskipun sedih dengan kekalahan pasukan mereka.

Sementara itu, aksi di Stadium Estadio Ramón Sánchez Pizjuán, Real Madrid terus mempamerkan aksi kurang cemerlang apabila tewas kepada Sevilla 0-1, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Pasukan tuan rumah nyata tidak mengambil masa lama untuk mengegar jaring pelawat menerusi P. Trochowski seawal minit kedua perlawanan.

Dengan kekalahan itu, Real Madrid berada di kedudukan ke-12 dengan mengumpul empat mata setakat ini.


Berikut keputusan La Liga (LFP):

Malaga (3) (1) Levante

Valencia (2) (1) Celta de Vigo

Getafe (1) (4) Barcelona

Sevilla (1) (0) Real Madrid

Sinar Harian

Tiada ulasan: