29 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.
“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.
Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.
“Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini.
“Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?” katanya.
Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6).
“Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?” tanya beliau lagi.
Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.
“Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar” ujarnya.
Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.
Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno yang menjadi broker dan makan komisyen.
Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.
Jeklas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.
“Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012),” katanya.
Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh.
1 ulasan:
“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya (Ust. Idris Ahmad)dalam satu kenyataan."
Kalau ayat ini benar, tolong explain:
1. ratusan ribu pelajar graduan Melayu Universiti awam- UM, UKM, ITM, USM.
2. puluhan ribu graduan Melayu, mungkin juga ratusan ribu, yang mendapat bantuan tajaan kewangan dalam bentuk BIASISWA (JPA)dan PInjaman MARA, TNB, PETRONAS.... banyak lagi.
3. kewujudan Government-linked company (GLC),yang asalnya dicadangkan oleh UMNO 30-40 tahun lalu, yang telah memberi pekerjaan kepada ratusan ribu pekerja Melayu dan menaik taraf hidup mereka.
4. kewujudan GLC yang telah membuka jalan untuk orang Melayu untuk bersaing dalam keusahawanan dan juga mendapat banyak peluang untuk mendapat pendapatan dan jawatan di tahap pengurusan, yang hampir se taraf dengan syarikat Cina.
5. Syarikat kepunyaan orang Cina- dari dahulu sampai lah sekarang- 99.99% mengambil bangsa mereka di pihak pengurusan tertinggi...melainkan mereka mendaftar syarikat dengan MOF, di mana mereka terpaksa mengambil "pengarah" Melayu yang tidak faham selok-belok pengurusan syarikat Cina itu.
6. PETRONAS: satu GLC. Kini gergasi di dalam sektor 'Oil & Gas' bertaraf global. Wujud masa Era siapa: PAS ke? Ratusan ribu graduan, pekerja, pemimpin dan traders telah dan masih mendapat menafaat dari perusahaan nya.
7. Perkembangan INDUSTRI HALAL dan HAB HALAL di Malaysia. Tak mungkin ia muncul dengan sendirinya tanpa usaha perancangan rapi dari pucuk pimpinan dan local dan global players.
8. JAKIM: Kewujudan dan perkembangannya dalam memantau dan mencantikan lagi "keHalalan" bahan-bahan pemakanan di Malaysia.
9. TV AL-HIJRAH
10. FORUM forum Islam- di media massa, majalah, media cetak, TV, berkembang dari se masa ke semasa, tanpa elemen "caci-mencaci", maki-memaki" seperti yang biasa kita dengar di ceramah-ceramah PAS.
Pembaca-pembaca lain yang se 'wawasan" dengan saya, sila tambah fakta dan "observation" anda di sini,untuk kita tafakur bersama Muslim.
Catat Ulasan