KUALA LUMPUR: Status kualiti udara di seluruh
negara pada Jumaat secara amnya bertambah baik berbanding Khamis setelah
beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung dilanda hujan.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan berkata bacaan Indeks
Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 7 pagi tadi menunjukkan 28
stesen berada pada tahap baik dan baki 24 lagi pada tahap sederhana.
Bagaimanapun, keadaan kualiti udara masih belum stabil kerana
bilangan titik panas di Sumatera pada Khamis masih tinggi iaitu sebanyak
155 dan asap pembakaran itu akan dibawa angin barat daya menghala ke
arah Pantai Barat Semenanjung Malaysia, kata kenyataan itu.
Keadaan itu dijangka berterusan hingga Oktober susulan cuaca panas kering sekarang.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka
serta melaporkan kejadian sedemikian kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba
dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan