TEHRAN: Ratusan pelajar dan ulama Iran telah
berkumpul di luar kedutaan Perancis di Tehran untuk memprotes penyiaran
karikatur Nabi Muhammad oleh akhbar mingguan Perancis yang berbentuk
satira.
Penunjuk perasaan melaungkan "Matilah Perancis" dan "Jatuh bersama
Amerika Syarikat" serta membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel
Khamis lalu, dalam demonstrasi yang berlangsung selama dua jam.
Di Paris, sebuah organisasi yang kurang dikenali, Syrian Freedom
Association (Persatuan Kebebasan Syria) telah memfailkan tuntutan
mahkamah mengatakan penerbitan kartun tersebut menyindir secara terbuka
dan menimbulkan diskriminasi, kebencian atau keganasan etnik, kaum atau
agama.
Kes itu sedang dipertimbangkan oleh mahkamah di ibu kota Perancis.
Wartawan Al Jazeera, Jacky Rowland yang melaporkan dari Paris
berkata, "Pihak berkuasa meminta kepada sesiapa yang merasakan hak
mereka telah dicabuli, maka mahkamah adalah tempat yang sesuai" untuk
meluahkan kebimbangan mereka.
Kerajaan telah mengharamkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan Sabtu ini di Paris.
Perancis mengumumkan akan menutup buat sementara waktu kedutaan dan
sekolah-sekolah di 20 buah negara Jumaat ini selepas Charlie Hebdo
menerbitkan kartun yang menghina Nabi.
Pada Rabu lalu, Perancis meningkatkan tahap keselamatan dan merayu
untuk bertenang selepas Charlie Hendo menerbitkan kartun tersebut.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan