5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: “Pernah satu ketika, saya hilang arah dan tak tahu nak
buat apa. Buntu memikirkan anak-anak dengan keadaan isteri yang
kritikal, saya pula dibuang kerja, namun saya kuatkan semangat
menghadapi ujian ini.
“Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dan isteri semakin sihat.
Insya-Allah, saya akan jaga dia sampai bila-bila,” kata Abdul Hamid
Alias, pemandu teksi yang menjaga isterinya selepas disahkan menghidap
kanser tulang tahap empat sejak dua tahun lalu.
Katanya, kasih sayang yang kuat terhadap Zurida Yusuff, 44, sedikit
pun tidak pernah pudar biarpun rutin harian hidupnya berubah sama sekali
apabila terpaksa mengambil alih semua tanggungjawab menjaga anak,
memasak, mengemas rumah termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada
isterinya itu, setiap hari.
Menurutnya, pengesahan doktor mengenai keadaan kesihatan isterinya pada 2010 begitu memberi kesan kepada hidupnya sehingga diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan kerana terlalu kerap mengambil cuti menjaga insan tersayang.

metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan