5 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Hidangan
ubikayu bercampur kelapa parut berlaukkan ikan tamban 'kiat' dan gelama
masin mungkin bagi yang agak berusia merupakan menu yang cukup lazat
tetapi bagi golongan muda belum tentu dianggap resepi yang baik bahkan
pasti ada yang mengatakan ia adalah makanan ketinggalan zaman.
(Ubi rebus dengan kelapa)
Ketika saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Datuk Saleh Man menyertai program penutupan Sambutan Kemerdekaan Yang Ke 55 Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Husein ayahanda kepada Ahli Parlimen PAS yang pertama iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain yang menang di Krian, Perak.
Bila kami memasuki ruang makan untuk menikmati jamuan ringan sebelum majlis dimulakan dengan ucapan Pengetuanya, Ustaz Khairol Anuar Musa dan Datuk Saleh yang diiringi oleh pegawai dari Pusat Urus Zakat (PUZ) untuk menyampaikan sebuah komputer riba dan projektor, kami terkejut bila semua hidanganya adalah hidangan di era zaman Jepun.
Menurut kata pengetuanya, mereka sengaja buat begitu untuk memberikan pengajaran serta pendedahan kepada anak-anak murid bahawa betapa sengsaranya orang Melayu dahulunya semasa di bawah pemerintahan negara matahari terbit itu.
Orang Melayu hanya makan ubi kayu kerana bahan itu mudah diperolehi, maklumlah di kampung pokok itu tumbuh merata di kawasan hutan atau dipinggir halaman rumah.
Puhh.... Sedapnya tidak terhingga...itulah barangkali ucapan yang keluar dari mulut sesiapa yang memakannya.
Saya mendapati Datuk Saleh dan para ustaz yang sebayanya bukan main lagi 'pulun' menikmati hidangan yang jarang dibuat sebagai menu mana-mana gerai makan mahupun restoran.
Jika ada gerai atau restoran yang berani menjadikan ubikayu belaukan ikan tamban kiat atau gelama masin pasti ada yang teruja untuk merasaikan keenakan makanan di era pemerintahan Jepun itu.
(Datuk Salleh Man melihat ubi kayu kelapa dengan lauk ikan tamban 'kiat' di majlis penutup sambutan kemerdekaan negara di Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Pulau Pinang )
Sepanjang berada di majlis tersebut saya asyik teringatkan makanan itu sehinggakan sekembali ke rumah saya lantas menyuruh isteri tersayang menyediakan hidangan tersebut bagi juadah sarapan pagi keesokanya tapi apakah daya ubi kayu walaupun ia dipandang rendah oleh sesetengah individu ekoran hidangan zaman lampau tiada bekalan termasuk tamban kiat untuk digoreng.
Sampai hari ini saya masih mengidamkan makanan itu dan sedang mencari di manakah ubi kayu untuk dibeli sebab di pasar malam pun ianya sukar didapati mungkin harganya sudah mahal tidak macam dulu dicabut dan dicampak begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang teringin mengambilnya.
Itulah kesan bila merasai makanan yang jarang dibuat orang khususnya bagi masyarakat yang sudah mengecapi kemajuan. Namun, makanan tersebut tidak menjadi masalah bagi masyarakat di luar bandar seperti Negeri Kedah.
Saya rasa tindakan Madrasah Khariah Islamiah, Pokok Sena laksanakan menu yang kena pada tempatnya kerana golongan muda harus dibiasakan untuk merasai apa yang orang tua-tua dahulu rasai kerana kemajuan tidak akan dikecapi tanpa merasai terlebih dahulu erti sengsara.
harakahdaily/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan