18 September 2012

'Ops Kantoi 2020' dedah konspirasi dalam UIA

2 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sebelum ini gerakan mahasiswa di peringkat nasional seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pro-Mahasiswa Nasional dan sebagainya telah mendedahkan dan membongkarkan rahsia di sebalik perancangan konspirasi Ops 2020 yang menunjukkan keterlibatan Umno dalam pilihan raya kampus kali ini.

Rentetan daripada itu, beberapa orang mahasiswa yang bertindak sebagai kumpulan volunteer untuk membuat siri-siri pendedahan konspirasi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah melancarkan ‘Ops Kantoi 2020’.

Secara umumnya, perancangan ini telah melibatkan pihak tertinggi dalam Umno dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pejabat Rektor UIA.

Siri-siri pembongkaran ini akan disalurkan dan dimuatkan melalui medium FB Buletin Uiam.

Semenjak kehadiran rektor yang baru, pelbagai sekatan dan kes yang telah berlaku dan ianya sangat tidak disenangi oleh warga UIA bahkan masyarakat di luar.

Tujuan pendedahan ini dibuat bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi adalah untuk menyelamatkan UIA sebagai institusi ilmu yang menjadi kebanggaan Malaysia serta menjaga imej baik UIA untuk jangka masa panjang

harakahdaily/-

Tiada ulasan: