18 September 2012

Sikap Menjengkelkan Penunggang Motosikal

2 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Kita sudah melihat pelbagai kerenah merbahaya penunggang motosikan sama ada bergerak secara melulu tanpa menghiraukan kenderaan lain atau pejalan kaki, mengabaikan lampu insyarat serta kengganan menggunakan lorong motosikal di lebuh raya.

Sikap tidak bertanggungjawab itu terus menghantui pengguna jalan raya yang lain kerana turut meletakkan mereka dalam bahaya.

Kemarahan orang ramai terhadap situasi sedemikian terus memuncak apabila The Star menerima banyak aduan tentang sikap penunggang motosikal yang tidak menggunakan lorong khas untuk mereka, tidak menghiraukan lampu isyarat serta mengabaikan lintasan zebra.

Menurut statistik polis, 225,154 kemalangan yang berlaku di seluruh negara antara Januari dan Jun hingga mengakibatkan kematian berjumlah 1,169 adalah di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

Sikap tidak menghiraukan undang-undang dan tidak sabar adalah antara sebab utama kemalangan motosikal seperti kejadian tragis di Alor Setar pada Ahad lalu apabila seorang remaja terbunuh manakala kakaknya cedera parah.

Motosikal mereka dilanggar keretapi selepas mereka cuba menyeberangi landasan walaupun halangan diturunkan.

Pihak berkuasa turut mendapati bahawa ramai penunggang motosikal menunggang kenderaan mereka tanpa lesen memandu atau dengan lesen tamat tempoh.

Daripada 24,187 kesalahan yang direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, 6,398 penunggang motosikal menunggang tanpa lesen manakala 540 yang lain menggunakan lesen tamat tempoh.

mstar/-

Tiada ulasan: