04 September 2012

Tukar pemimpin, bukan tukar bendera

16 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata Pakatan berhasrat mahu menukar pemimpin kerajaan yang ada, bukannya menukar bendera Malaysia.

“Apakah begitu mudah Pakatan Rakyat hendak menukar bendera negara? Pakatan Rakyat hendak tukar kerajaan, bukan bendera,” tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk menteri UMNO yang mendakwa Pakatan Rakyat mahu menukar bendera Jalur Gemilang apabila menang nanti.

“Aksi ini mereka buat selepas gagal menyekat rakyat ke perhimpunan menjelang kemerdekaan di ibu negara baru-baru ini.”

Menurutnya, apabila gagal menyekat kebangkitan rakyat menghadiri Himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 maka berbagai-bagai isu dibangkitkan oleh pemimpin UMNO dengan tujuan tuntutan pilihan raya bersih dilupakan.

Mereka cuba menimbulkan isu kononnya Pakatan Rakyat hendak menukar bendera, dan lebih teruk lagi menurut Datuk Mustafa Muhammad hendak menukar Perlembagaan.

“Kenapa terlalu daif sangat hujah pemimpin UMNO dalam isu bendera hendak ditukar?” soalnya tegas.

Beliau ingin tahu, bilakah Pakatan Rakyat pernah mengeluarkan kenyataan untuk menukar bendera dan Perlembagaan?

“Berapa hari bulan, di mana, minit mesyuarat mana yang mengatakan Pakatan Rakyat hendak berbuat demikian?”

Dalam kenyataannya itu, beliau mengingatkan UMNO supaya tidak membuat provokasi dan tohmahan yang bukan-bukan kepada Pakatan.

malaysiaharmoni/-

Tiada ulasan: