KUALA LUMPUR: Cinta mendalam, apatah lagi selepas dijanji untuk
dijadikan isteri menyebabkan seorang wanita kerugian RM40,000 selepas
diperdaya teman lelaki yang baru dikenalinya dalam tempoh sebulan.
Mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada
penghujung Julai lalu dan bermula Ogos hingga September lalu, dia
memohon lima pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang
berlesen untuk mendapatkan wang bagi diserahkan kepada teman lelakinya.
Sumber polis berkata, selain wang tunai, mangsa yang bekerja di
sebuah syarikat swasta turut menyerahkan beberapa barangan berharga
termasuk sebuah motosikal kepada lelaki berusia 30-an itu.
“Selepas menerima wang dan pelbagai barangan yang keseluruhannya bernilai RM40,000, suspek menghilangkan diri. Menyedari dia ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat mangsa memberitahu suspek berjanji untuk mengahwininya menyebabkan dia percaya lelaki terbabit menyintainya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan