15 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
SEGAMAT: Kelicikan seorang lelaki yang memperdaya puluhan wanita
dikenalinya melalui laman mencari jodoh sehingga dapat mengikis wang
lebih RM100,000 terbongkar apabila seorang daripada mangsa curiga dengan
kegagalannya hadir untuk majlis pertunangan mereka.
Hasil ‘siasatan’ mangsa itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 28, amat
mengejutkan apabila kekasihnya itu bukan saja berjanji untuk bertunang
dengannya pada 26 Ogos lalu, tapi turut membuat janji serupa dengan
empat lagi wanita lain.
Wani yang bekerja sebagai guru sekolah rendah berkata, dia
menghubungi empat wanita itu yang mengaku senasib dengannya apabila wang
mereka turut dikikis lelaki sama.
“Saya percaya dia ada tidak kurang 20 teman wanita yang semuanya
dikenali menerusi laman web mencari jodoh sama. Setakat ini, saya dapat
hubungi 10 daripada mereka dan empat dijanji untuk bertunang pada tarikh
sama dengan tarikh pertunangan saya,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Wani, ketika berkenalan dengannya September tahun lalu,
lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Marzuki, 37, berasal dari
Terengganu dan bekerja sebagai kontraktor.
Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan