15 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
REMUK...kepala treler muatan besi remuk teruk selepas merempuh rumah, semalam.
PAPAR: Dua beradik yang tidur di ruang tamu rumah datuk mereka nyaris
maut apabila sebuah treler membawa muatan besi merempuh kediaman itu di
Kampung Kawang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kedua-dua beradik
berkenaan dikenali sebagai Gabriel Goldi, 4, dan adik perempuannya,
Adigel Goldi, setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut datuk mereka, James Majanau, 59, ketika kejadian dia berada
di pekan Donggongon membeli kelengkapan rumah manakala dua cucunya
berada di rumah bersama seorang pembantu.
“Saya dihubungi menantu mengatakan rumah dirempuh treler. Sebaik mendengar berita itu, saya bergegas pulang ke rumah.
“Saya dihubungi menantu mengatakan rumah dirempuh treler. Sebaik mendengar berita itu, saya bergegas pulang ke rumah.
“Sebaik tiba saya melihat sebuah lori treler muatan besi terperosok dalam rumah. Sejurus masuk ke dalam rumah, saya lega melihat cucu saya selamat bersama pembantu rumah.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan