15 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
IPOH — Hampir 20 keping papan siling di bahagian hadapan Klinik
Dermatologi di Kompleks Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun
(HRPB) di sini runtuh hari ini.
Kejadian di tingkat satu kompleks itu disedari oleh pegawal
keselamatan bertugas pada kira-kira pukul 6 pagi. Tiada kecederaan dan
kemalangan jiwa dilapor.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal
Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam
negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kejadian berpunca apabila
siling tidak mampu menampung beban sejumlah saluran paip PVC yang
mengandungi kabel telefon dan ICT.
"Pihak hospital telah meminta siling itu dibaiki dan kerja-kerja
pembaikan dijangka siap petang ini. Kos akan ditanggung oleh pihak
hospital. Pihak hospital juga akan memeriksa di bahagian lain bagi
mengelak kejadian serupa berulang,” katanya kepada pemberita ketika
melawat kawasan kejadian. — BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan