23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Perdaya warga emas dengan perwatakan alim, minta bayaran RM250 buka akaun bank
MUAR – Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menipu beberapa warga emas di daerah ini sejak tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30an berlagak alim dengan memakai songkok untuk memperdayakan mangsa.
Menurutnya, setakat ini tiga mangsa telah diperdaya dengan menyatakan mereka dipilih menerima bantuan RM300 daripada JKM Muar.
“Sebaik memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM, suspek meminta bayaran RM250 sebagai alasan bagi urusan membuka akaun bank untuk bantuan itu.
“Mangsa diberitahu yang mereka perlu membuka akaun terlebih dahulu sebanyak RM250 selain menyerahkan segala maklumat berkaitan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.
Katanya, kejadian terbaru pada 3 Oktober lalu membabitkan seorang penjual kuih berusia 54 tahun diperdaya di rumahnya di Jalan Dato’ Haji Kosai.
“Penjual kuih itu tertarik dengan penampilan suspek serta kata-katanya yang meyakinkan sebelum menyerahkan duit pada hari tersebut tanpa melakukan semakan dengan JKM terlebih dahulu.
“Mangsa menyedari ditipu sehari selepas itu apabila mengetahui namanya tiada dalam senarai penerima selepas membuat semakan dengan pihak JKM,” katanya.
Jelasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana individu tidak dikenali yang menawarkan bantuan ataupun tawaran.
Sementara itu, dalam perkembangan lain pihaknya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun di Jalan Meriam, di sini, jam 6 petang kelmarin, kerana terlibat dalam 12 kes curi motosikal sekitar bandar ini dan Bukit Pasir.
Berikutan itu pihaknya menemui tiga rangka motosikal curi yang dibuang ke dalam Sungai Muar berhampiran Jambatan Sungai Terap.
“Kita juga sedang memburu rakan suspek yang lain dan disyaki turut terlibat dengan kes curi motosikal sejak awal tahun ini. Suspek yang ditahan itu tidak bekerja dan positif dadah.
"Hasil soal siasat mendapati suspek mencuri motosikal sebelum meleraikan dan mengambil komponennya serta membuang rangka motosikal ke sungai bagi mengelak dikesan,” katanya.

metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan