23 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
HANOI: Pihak berkuasa Vietnam melarang anggota Parti Komunis di
bandar raya ini daripada menganjurkan majlis perkahwinan mewah, ekoran
kecaman rakyat mengenai upacara perkahwinan besar-besaran.
Bilangan tetamu dihadkan kepada 600 orang untuk kedua-dua belah
keluarga dan lokasi mewah seperti hotellima bintang perlu dielakkan,
menurut notis di laman web rasmi bandar raya Hanoi semalam.
Majlis perkahwinan mewah yang dianjurkan anggota parti menimbulkan “kemarahan di kalangan rakyat dan menjejaskan imej peribadi anggota parti,” lapor kenyataan itu.
Kerajaan autoritarian Vietnam yang melancarkan kempen anti-rasuah
beberapa bulan lalu, berusaha untuk menangani ketidakpuasan hati rakyat
ekoran ekonomi yang lemah dan beberapa siri skandal membabitkan pegawai
tinggi kerajaan. Majlis perkahwinan yang mewah perkara biasa di
Vietnam dengan senarai tetamu sering kali mencapai 1,000 orang.
Sesetengah anggota parti bertanya sama ada pihak berkuasa akan
menguatkuasakan peraturan baru.
“Pihak berkuasa Vietnam bijak mengusul undang-undang tetapi sama ada ia dilaksanakan dan dipatuhi adalah cerita berbeza,” kata seorang anggota parti berusia 43 tahun yang enggan dikenali. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan