KUALA LUMPUR - Rakyat dari 32 negara layak menukar lesen memandu mereka
kepada lesen memandu Malaysia secara automatik, kata Timbalan Menteri
Pengangkutan Jelaing Mersat.
Beliau berkata ini selaras dengan 'United Nations Conference on Road and Motor Transport, Geneva 1949 and 1968' yang memperuntukkan negara anggota saling mengiktiraf lesen memandu masing-masing.
"Sebanyak 115 negara tidak diberi secara automatik di bawah konvensyen itu yang mana mereka perlu membuat permintaan kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad mempersoal tindakan memberi lesen kepada pemandu warga asing sedangkan mereka tidak mahir undang-undang negara ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata antara sebab permohonan pertukaran lesen memandu warga asing tidak diluluskan ialah tidak mematuhi syarat tertentu yang ditetapkan JPJ.
Syarat-syarat itu melibatkan tempoh sah pasport dan visa, lesen memandu yang sah, surat terjemahan lesen memandu jika tidak ditulis dalam bahasa Inggeris, pengesahan lesen memandu dari kedutaan negara pengeluar atau pengesahan daripada pihak berkuasa pengeluar lesen berkenaan, di samping mengisi lengkap borang JPJ beserta dokumen tambahan yang diperlukan termasuk gambar berwarna.
"Bagi maksud pertukaran ini, permohonan akan dikenakan bayaran lesen memandu sebanyak RM30 setahun dan yuran proses sebanyak RM20," katanya
Kata beliau, rekod JPJ menunjukkan daripada 13,252 permohonan, sebanyak 8,469 telah diluluskan antara 2010 dan 30 Okt lepas. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan