5 Muharram 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi menegaskan, misi ke
Putrajaya bersama komponen Pakatan Rakyat tidak akan terlaksana
sekiranya mendapat sokongan orang Islam sahaja.
Justeru, Hadi berkata, menyedari hakikat itu Pas tetap bersama dengan rakan kongsinya, PKR dan DAP - dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi hati masyarakat majmuk.
Bahkan katanya, Umno juga memahami bahawa tidak boleh bersendirian dan mesti bergabung dengan parti lain.
"Semua kaum di negara ini juga mengakui pemerintahan perlu secara masyarakat Majmuk. Cuma kami berbeza dengan Umno dan BN yang mempunyai cara untuk tangani masyarakat majmuk dinegara ini melalui peruntukan Perlembagaan dan resolusi yang ditetapkan bersama Pakatan," katanya.
Menurutnya, apa yang telah ada dalam Perlembagaan iaitu Islam agama persekutuan, keadilan kepada agama lain, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan sudah disepakati.
“Kita menerima kerana ini sudah ada dalam Perlembagaan. Apa yang dihalal agama lain sebaliknya diharam agama Islam, kita tidak boleh ganggu. Amalan ini sudah dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.
“Kita halalkan perkara halal dan haramkan perkara haram," katanya.
Menurut Hadi lagi, Pas akan terus melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) kerana mengikut peraturan hubungan antarabangsa dalam Islam damai perlu didahulukan.
Katanya, ulama di alam Melayu telah menyampaikan Islam dan kefahaman politik kepada pemerintah di negeri-negeri Melayu termasuk membenarkan orang Buddha menjadi rakyat bersama-sama orang Islam dalam masyarakat majmuk.
Katanya, tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman, sekali gus mengkritik parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai "tidak relevan."
"Mereka mainkan semangat kaum masing-masing.Ia sudah tidak sesuai lagi," katanya bahawa Pas sudah lama bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR sejak tahun 2000 dan ia bukan perkara baru," katanya.
Dalam pada itu, Hadi mengingatkan perwakilan supaya bersiap sedia membuat persiapan pilihan raya mengikut kemampuan dan kewangan yang ada.
Tetapi katanya, dengan kesediaan dan keikhlasan yang ada, pasti akan datang pertolongan daripada ALLAH SWT.
"Kena ingat, BN jadi kuat dan menang pun sebab mereka pakai tongkat, dengan penipuan, politik wang, guna jentera kerajaan," katanya.
Oleh itu, Hadi mengajak semua perwakilan terus yakin dengan parti kerana Pas merupakan bahtera yang paling kukuh dan kuat kerana mampu bertahan sehingga ke hari ini.
"Bahtera Pas terus bertahan walaupun menghadapi perjalanan yang jauh dan dilanda ribut. Tetapi jangan kita terjun! Kalau mabuk makan ubat, kalau pening rehat sebentar. Jangan terjun sebab di bawah ada jerung!," katanya.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan