PUTRAJAYA — Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) tahun ini mencatat A dalam semua mata pelajaran, menurun 0.54
peratus berbanding 46,012 calon pada tahun lalu.
Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, Dr.
Na’imah Ishak berkata, pencapaian keseluruhan juga menurun sebanyak 0.01
mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 tahun lalu kepada
2.31 tahun ini.
"Sebab penurunan ini masih belum diketahui dan jabatan pelajaran
negeri dan sekolah-sekolah akan membuat kajian mengenainya selepas ini,"
katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR, di sini hari ini.
Sebanyak 517,139 calon menduduki UPSR tahun ini, iaitu meningkat 3.9
peratus berbanding 497,691 tahun lalu, dan daripada jumlah itu 98.2
peratus atau 507,783 adalah calon sekolah kementerian manakala baki
calon sekolah swasta.
Peperiksaan UPSR dijalankan serentak di seluruh negara pada 11, 12 dan 13 September lalu di 8,284 pusat peperiksaan.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan